Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taman Negara Gunung Rinjani di Nusa Tenggara Barat. Foto AFP

Indonesia seru langkah selamat selepas kematian pelancong di Rinjani

ByBernama

JAKARTA, 28 Jun: Kementerian Pelancongan Indonesia menggesa para pengunjung Taman Negara Gunung Rinjani di Nusa Tenggara Barat supaya hanya menggunakan pengendali berlesen dan pemandu bertauliah ketika menjalankan aktiviti lasak seperti mendaki.

Gesaan itu dibuat susulan kematian pelancong Brazil, Juliana Marins, 26, yang terjatuh ketika mendaki di taman itu pada 21 Jun lalu. Mayatnya ditemukan empat hari kemudian pada kedalaman sekitar 600 meter, namun cuaca buruk dan keadaan cerun yang sukar telah menangguhkan usaha membawa keluar mayat sehingga 25 Jun.

Menteri Pelancongan Widiyanti Putri Wardhana menyeru semua pengunjung agar mematuhi protokol keselamatan dengan ketat dan tidak keluar daripada laluan yang telah ditetapkan.

“Laporkan segera sebarang pelanggaran prosedur operasi standard melalui WhatsApp di +62 811-895-6767,” katanya dalam kenyataan sambil menegaskan keselamatan pelancong adalah tanggungjawab bersama.

Beliau menyifatkan insiden itu sebagai peringatan tragis mengenai risiko serius yang dikaitkan dengan pelancongan ekstrem, dan perlu menjadi titik perubahan dalam penguatkuasaan piawaian keselamatan.

“Insiden ini mengingatkan kita bahawa setiap destinasi pelancongan ekstrem membawa risiko yang besar,” tambahnya.

Kematian itu berlaku hanya beberapa minggu selepas seorang pendaki Malaysia maut di gunung yang sama pada awal Mei selepas terjatuh kira-kira 80 meter ke dalam gaung.

Gunung Rinjani, sebuah gunung berapi aktif setinggi 3,726 meter dari paras laut, merupakan antara destinasi mendaki paling popular di Indonesia dan menarik ribuan pengembara setiap tahun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan