Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi. Foto fail AFP

Belum ada persetujuan untuk sambung rundingan dengan AS, kata Iran

ByBernama

TEHRAN/WASHINGTON, 28 Jun: Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi berkata pada Khamis bahawa  tiada sebarang pengaturan atau komitmen dibuat untuk menyambung semula rundingan dengan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

Dalam wawancara dengan penyiar negara IRIB, Araghchi berkata kemungkinan untuk memulakan semula rundingan sedang dipertimbangkan tetapi ia bergantung kepada sama ada kepentingan negara Iran dilindungi.

Beliau mengesahkan bahawa kerosakan akibat perang 12 hari dengan Israel adalah “serius” dan pakar daripada Pertubuhan Tenaga Atom Iran sedang menjalankan penilaian terperinci.

Pada hari sama, Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt mengesahkan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang mesyuarat yang dijadualkan dengan Iran, sehari selepas Presiden AS Donald Trump berkata kedua-dua pihak akan berbincang dan bertemu “minggu depan.”

Juga pada Khamis, Majlis Perlembagaan Iran meluluskan satu Rang Undang-Undang yang telah diluluskan parlimen untuk menggantung kerjasama negara itu dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Jurucakap majlis, Hadi Tahan Nazif berkata dalam wawancara dengan IRIB TV bahawa rang undang-undang itu telah disemak oleh majlis dan selaras dengan peraturan agama, undang-undang dan perlembagaan Iran.

Susulan kelulusan itu, Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf berkata rang undang-undang berkenaan telah diserahkan kepada kerajaan untuk pelaksanaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan