Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) menamatkan perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai perkhidmatan digital negara itu ke atas syarikat teknologi, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto fail AFP

AS tamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai digital – Trump

ByBernama

WASHINGTON, 28 Jun: Presiden Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) menamatkan perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai perkhidmatan digital negara itu ke atas syarikat teknologi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Berdasarkan cukai yang keterlaluan ini, kami dengan ini menamatkan SEMUA perbincangan perdagangan dengan Kanada, berkuat kuasa serta-merta.

“Kami akan memaklumkan kepada Kanada kadar tarif yang perlu mereka bayar untuk menjalankan perniagaan dengan Amerika Syarikat dalam tempoh tujuh hari akan datang,” kata Trump di Truth Social.

Trump berkata AS dimaklumkan bahawa Kanada mengenakan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat teknologi Amerika, yang disifatkannya sebagai “serangan langsung dan terang-terangan ke atas negara kita.”

“Mereka jelas meniru Kesatuan Eropah, yang telah melakukan perkara sama dan sedang dalam perbincangan dengan kami juga,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan