ANKARA, 28 Jun: Jumlah kematian akibat tanah runtuh berhampiran Medellin, Colombia, meningkat kepada 16 orang ketika pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang masih hilang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gabenor Wilayah Antioquia Andres Julian Rendon, memaklumkan di X bahawa lapan individu masih dilaporkan hilang.
Tanah runtuh itu berlaku pada Selasa di kawasan pergunungan Bello, berhampiran Medellin, bandar kedua terbesar Colombia, selepas hujan lebat menyebabkan paras anak sungai melimpah.
Antioquia yang terletak di barat Andes sering mengalami kejadian tanah runtuh pada musim hujan. -TVS