Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ditemui semasa merasmikan Showcase Usahawan Sarawak (SUS) 2025 di Bintulu pada Jumaat. Foto: TVS

Usahawan perlu berdaftar untuk akses insentif kerajaan

BINTULU, 27 Jun: Usahawan Sarawak digesa lebih proaktif mendaftar dengan agensi kerajaan bagi membolehkan mereka memanfaatkan insentif seperti geran khas di bawah program Go Digital.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, program seumpama itu menyediakan geran khas kepada usahawan berdaftar bagi mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka.

“Salah satu langkah yang kita sediakan geran khas adalah menerusi program seperti Go Digital. Anda perlu mendaftar untuk melayakkan anda menerima peruntukan yang disediakan ini.

“Jangan ambil sikap acuh tak acuh, sama ada mendaftar atau tidak mendaftar, kerana inisiatif ini dapat menyumbang kepada pembangunan selain meningkatkan pendapat mereka yang menyertai program ini dan pada masa yang sama, kita dapat menyalurkan bantuan sekiranya diperlukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Showcase Usahawan Sarawak (SUS) 2025 di Times Square Megamall Bintulu pada Jumaat.

Menurutnya, kerajaan turut membantu dari aspek penyediaan premis perniagaan dengan kerjasama pihak swasta agar lebih ramai berpeluang menceburi bidang keusahawanan termasuk mereka yang tiada kemampuan tetapi mempunyai keinginan untuk berniaga.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan