Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir ketika melakukan tinjauan ringkas ke salah sebuah sekolah yang terbabit dengan projek pembangunan infrastruktur di bawah BDDA di Kabong pada Jumaat. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Tiga sekolah di Kabong terima RM1.65 juta

KABONG, 27 Jun: Sebanyak RM1.65 juta peruntukan diluluskan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi pelaksanaan tiga projek pembangunan infrastruktur pendidikan di Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, peruntukan itu merangkumi pembinaan blok dua tingkat dan tempat menunggu berbumbung di SJKC Chung Hua Kabong, naik taraf dewan terbuka SMK Kabong dan pembinaan pagar baharu SK Engkabang.

“Saya akan terus memantau pelaksanaan setiap projek agar siap mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan,” katanya selepas menghadiri Taklimat Projek Pembangunan Infrastruktur Sekolah di bawah BDDA bagi DUN Kabong, hari ini.

Menurutnya, inisiatif tersebut sejajar dengan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh infrastruktur pendidikan luar bandar dan memastikan kesamarataan kemudahan asas bagi semua lapisan rakyat.

“Saya berharap semua projek ini berjalan lancar dan memberi manfaat besar kepada komuniti pendidikan khususnya murid dan guru,” ujarnya.

Taklimat tersebut turut dihadiri wakil agensi berkaitan seperti BDDA, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok serta pihak pengurusan SJKC Chung Hua Kabong.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan