Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seramai 36 orang warganegara Bangladesh yang telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal yang berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.

TERKINI: Polis tahan 36 warganegara Bangladesh disyaki terlibat dalam gerakan militan radikal

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seramai 36 orang warganegara Bangladesh yang telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal yang berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tangkapan yang dilakukan pada minggu ini itu hasil daripada operasi keselamatan terancang yang bermula pada 24 April lepas dengan ia telah dilaksanakan dalam tiga fasa melibatkan penahanan di sekitar Selangor dan Johor.

“Dalam operasi tersebut, lima daripada mereka telah dikenal pasti terlibat di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan dan telah pun didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Johor Bahru.

“15 individu lagi telah dikenakan perintah pengusiran, manakala 16 individu sedang disiasat lanjut terkait penglibatan mereka dalam gerakan militan itu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, hasil risikan pihak polis juga mendapati bahawa kumpulan itu membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi Islamic State (IS) ke dalam negara ini.

Jelas beliau, kesemua yang ditahan turut dikenal pasti mewujudkan sel pengrekrutan dengan tujuan mengindoktrinasikan fahaman radikal, mengumpul dana untuk aktiviti keganasan, dan menjatuhkan kerajaan sah di negara asal mereka.

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan, Malaysia tidak akan menjadi tempat berlindung, apatah lagi medan anasir subversif untuk mana-mana gerakan ekstremis asing.

“Tindakan yang diambil ini membuktikan bahawa kerajaan amat serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana elemen yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Kejayaan in juga membuktikan kecekapan dan profesionalisme pasukan keselamatan negara khususnya PDRM dalam memelihara kedaulatan, keharmonian, dan ketenteraman awam,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan