Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hajah Nurlaila Said menyampaikan plak penghargaan kepada Bintulu Port yang telah menyumbang pek makanan untuk kebajikan Jemaah Haji Sarawak.Foto TH Sarawak

Sumbangan BPHB kukuhkan kebajikan jemaah haji stesen Kuching

KUCHING, 27 Jun: Sumbangan daripada pihak Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menjadi tulang belakang dalam memastikan kelancaran dan kebajikan jemaah haji musim 1446H/2025M di Stesen Kuching.

Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said berkata dana yang disalurkan BPHB bukan sahaja membantu memperkukuh kemudahan, malah turut membiayai jamuan penghargaan kepada jemaah serta pasukan petugas yang telah berkorban tenaga.

“Peranan sektor korporat kini semakin penting dalam membantu memperkukuh operasi, seterusnya memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah sepanjang musim haji,” katanya.

Nurlaila berkata demikian pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji di Raia Hotel and Convention Centre yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan sukarelawan yang berganding bahu menjayakan misi mulia ini.

Pada majlis berkenaan, Nurlaila turut menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas sokongan padu mereka.

Selain BPHB, beliau turut mengiktiraf sumbangan Malaysia Airport Sdn Bhd, Malaysia Airlines System, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAKIM), RELA, PBSM dan banyak lagi.

Di sebalik kejayaan operasi, para sukarelawan dari PBSM, RELA dan Alumni Jemaah Haji menerima penghargaan khas atas semangat tanpa mengenal erti penat yang ditonjolkan mereka ketika membantu para jemaah di lapangan.

 Nurlaila dalam pada itu berharap agar semangat kerjasama erat antara kerajaan, sektor korporat dan sukarelawan diteruskan.

“Kerana hanya dengan kekuatan bersama, segala cabaran dapat ditangani dan ibadah haji dapat dilaksanakan dengan lancar dan bermakna,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan