Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Gempiring Bawa. Foto JBPM

Sebuah rumah di Kampung Gempiring Bawa musnah dalam kebakaran

ByTVS

RANAU, 27 Jun: Sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Gempiring Bawa, Kundasang petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang dan menggerakkan enam anggota ke lokasi yang terletak kira-kira 18 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 40×60 kaki yang terbakar 100 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Komander Operasi, PBK I Becket bin Gumat.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan, memanfaatkan sumber air dari jentera bomba dan kolam berdekatan melalui pam zigler.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.56 petang dan operasi ditamatkan pada jam 6.16 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan