Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Moscow dan Kyiv pada Khamis bertukar satu lagi kumpulan tawanan perang di bawah perjanjian Istanbul pada 2 Jun lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Kementerian Pertahanan Rusia. Foto AFP

Rusia, Ukraine tukar lebih ramai tawanan perang di bawah perjanjian Istanbul

ByBernama

MOSCOW, 27 Jun: Moscow dan Kyiv pada Khamis bertukar satu lagi kumpulan tawanan perang di bawah perjanjian Istanbul pada 2 Jun lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata tentera Rusia kini berada di Belarus di mana mereka menerima rawatan perubatan dan sokongan psikologi, tanpa memperincikan bilangan orang yang ditukar.

Semua orang yang pulang akan dipindahkan ke kemudahan perubatan di Rusia untuk rawatan dan pemulihan seterusnya, tambah kementerian itu.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy turut mengesahkan pertukaran itu sambil berkata ramai daripada anggota tentera yang dibebaskan telah ditawan sejak 2022.

“Kami sedang melakukan segala-galanya untuk mencari semua orang, menyemak maklumat setiap nama. Kita mesti bawa semua rakyat kita pulang. Terima kasih kepada semua yang membantu kami dalam usaha ini,” kata Zelenskyy di Telegram.

Rusia dan Ukraine bersetuju mengenai pertukaran tawanan baharu dan pemulangan ribuan mayat mangsa perang semasa rundingan di Istanbul pada 2 Jun.

Pusingan pertama rundingan di Istanbul, iaitu rundingan langsung pertama antara kedua-dua pihak yang bertelagah dalam tempoh tiga tahun, telah diadakan pada Mei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan