Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berlaku di tenggara Athens pada Khamis, memusnahkan rumah percutian dan kawasan hutan ketika asap tebal menyelubungi ruang udara, lapor agensi berita Jerman (dpa). Foto hiasan Envato

Rumah percutian, hutan musnah dalam kebakaran dekat Athens

ByBernama

ATHENS, 27 Jun: Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berlaku di tenggara Athens pada Khamis, memusnahkan rumah percutian dan kawasan hutan ketika asap tebal menyelubungi ruang udara, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Punca kebakaran itu masih belum diketahui, namun pihak berkuasa berkata suhu tinggi dan angin kencang menyebabkan ia merebak dengan cepat.

Stesen televisyen Greece ERTnews melaporkan beberapa rumah percutian telah musnah dan kawasan belukar serta hutan yang luas sedang terbakar.

Agensi perlindungan awam telah mengeluarkan amaran kecemasan menggesa penduduk supaya segera meninggalkan kawasan pantai yang terjejas berhampiran bandar Palaia Fokaia, kira-kira 60 kilometer dari Athens.

Polis menyelamatkan 11 pelancong dari sebuah rumah percutian di zon bahaya, menurut laporan radio tempatan. Perkhidmatan bomba berkata kompleks hotel tidak berada dalam ancaman segera.

Jurucakap bomba mengesahkan 12 helikopter, 12 pesawat pemadam kebakaran, 80 jentera bomba dan ramai sukarelawan telah dikerahkan untuk memadam kebakaran.

Suhu di beberapa bahagian Greece mencecah sekitar 40 darjah Celsius dengan angin kencang. Pihak berkuasa perlindungan awam memberi amaran bahawa gabungan cuaca panas melampau, keadaan kering dan angin kuat boleh menyebabkan kebakaran kecil bertukar menjadi kebakaran besar dalam beberapa minit.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan