Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Rusia Vladimir Putin. Foto fail AFP

Putin berharap konflik Iran-Israel kini “tinggal sejarah”

ByBernama

MOSCOW, 27 Jun: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis menyuarakan harapan agar konflik antara Israel dan Iran akan segera dianggap sebagai perkara yang telah berlalu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bercakap pada sesi pleno Forum Ekonomi Eurasia di Minsk, Belarus, Putin berkata Iran merupakan antara negara yang telah memeterai perjanjian perdagangan keutamaan dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU).

“Dengan izin Tuhan, situasi di Timur Tengah kini semakin reda, dan konflik antara Israel dan Iran, syukur, boleh dianggap sebagai sesuatu yang telah berlalu.

“Ini bermakna hubungan boleh dibangunkan dengan semua negara serantau, termasuk Iran – seperti yang saya sebutkan, kami telah memeterai perjanjian berkaitan dengan mereka,” katanya.

Pada 22 Jun, Amerika Syarikat (AS) menggugurkan enam bom “bunker buster” ke atas kemudahan nuklear Fordow di Iran serta melancarkan beberapa peluru berpandu dari kapal selam di dua lokasi lain di Natanz dan Isfahan sebagai sebahagian daripada kempennya menentang program nuklear Iran.

Serangan itu menyusuli 12 hari berturut-turut serangan udara Israel yang bermula pada 13 Jun, menyasarkan tapak ketenteraan, nuklear dan awam di seluruh Iran.

Permusuhan tersebut dihentikan pada Selasa selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan gencatan senjata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan