Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan susulan kes penuntut universiti yang ditemukan maut disyaki dibunuh di sebuah kondominium di Cyberjaya, Selasa lepas. Foto Bernama

Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes bunuh penuntut universiti di Cyberjaya

ByBernama

SEPANG, 27 Jun: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan susulan kes penuntut universiti yang ditemukan maut disyaki dibunuh di sebuah kondominium di Cyberjaya, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata tangkapan terhadap seorang lelaki dan dua wanita berumur 19 hingga 20 tahun itu dibuat semalam dan awal pagi Jumaat antara 9 pagi hingga 2 pagi.

“Tangkapan dibuat di sekitar kawasan Johor Bahru, Johor, dan Gemencheh, Negeri Sembilan, dalam masa 48 jam setelah laporan polis diterima.

“Kesemua yang ditahan dipercayai mengenali mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Permohonan reman terhadap semua suspek dibuat pagi ini di Mahkamah Sesyen di sini bagi membantu siasatan.

Norhizam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta berkongsi maklumat tidak benar yang boleh mengganggu siasatan dan jangan mengambil sebarang tindakan boleh melanggar undang-undang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan