Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 27 Mei

ByBernama

KUALA LUMPUR,  27 Jun: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang di Subang Jaya, Selangor, sejak bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki yang dikenali sebagai Hasni Hashim, 49, itu kali terakhir dilihat berada di Menara Suria, Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, Subang Jaya, pada 2.40 petang, 27 Mei lepas.

“Laporan kehilangan individu ini diterima pada 1.55 tengah hari, Rabu lepas. Hasni yang berkulit sawo matang dan berambut hitam pendek, berketinggian 170 sentimeter serta berat 80 kilogram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 / 03-78627100. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan