Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta pada 12.57 tengah hari waktu tempatan. Foto David Andreas (TVS)

PM Anwar tiba di Jakarta mulakan lawatan rasmi ke Indonesia

JAKARTA, 27 Jun: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Indonesia pada pukul 12.57 tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Beliau disambut oleh Presiden Indonesia, Jeneral Prabowo Subianto bagi memulakan lawatan rasmi ke Indonesia sebelum dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada petang ini.

Ketibaan Anwar turut diiringi oleh beberapa menteri kabinet antaranya Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menurut Wisma Putra, lawatan ini adalah sebahagian usaha kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala, khususnya di peringkat tertinggi.

Antara perkara yang akan dibincangkan ialah isu-isu dua hala, perkembangan serantau dan isu global yang berkepentingan bersama.

Lawatan rasmi ini memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Indonesia demi manfaat bersama serta komuniti ASEAN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan