Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petroliam Nasional Berhad (Petronas), menerusi badan pengawalselia huluannya, Malaysia Petroleum Management (MPM) memeterai kerjasama strategik dengan Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd bagi memperkukuh pengurusan bahan dan pergudangan sektor huluan di Pangkalan Bekalan Kemaman. Foto fail AFP

Petronas-EPIC perkukuh logistik huluan di Kemaman

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA TERENGGANU, 27 Jun: Petronas menerusi Malaysia Petroleum Management (MPM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd, anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) bagi memperkukuh pengurusan bahan dan pergudangan sektor huluan di Pangkalan Bekalan Kemaman.

MoU ditandatangani oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Pengurusan Pengeluaran dan Operasi MPM, Handan Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Muhtar Suhaili disaksikan Naib Presiden Kanan MPM, Datuk Bacho Pilong.

Bacho berkata, kerjasama tersebut mencerminkan komitmen Malaysia dalam mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelaburan utama dalam sektor penerokaan dan pengeluaran (E&P).

“MoU ini bertujuan membina persekitaran kondusif untuk pertumbuhan, penyeragaman operasi dan penerapan teknologi dalam rantaian nilai minyak dan gas negara,” katanya.

Antara inisiatif utama ialah penubuhan Pusat Sehenti Logistik Huluan di Kemaman termasuk pembinaan gudang berpusat secara perintis yang dijangka beroperasi pada 2026 dengan penggunaan teknologi digital, aliran kerja seragam, dan infrastruktur bersepadu bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Petronas menjangkakan inisiatif tersebut akan meningkatkan rantaian bekalan, mengurangkan kos inventori serta meminimumkan lebihan bahan iaitu elemen penting untuk kelestarian dan daya tahan sektor huluan negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan