Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Perancis Emmanuel Macron menyatakan hasrat untuk menganjurkan semula persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kenegaraan Palestin yang baru-baru ini ditangguhkan dengan “secepat mungkin,” lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto fail AFP

Perancis sasar anjur persidangan PBB berkaitan negara Palestin “secepat mungkin”

ByBernama

ISTANBUL, 27 Jun:  Presiden Perancis Emmanuel Macron menyatakan hasrat untuk menganjurkan semula persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kenegaraan Palestin yang baru-baru ini ditangguhkan dengan “secepat mungkin,” lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Matlamat saya ialah untuk bergerak secepat mungkin. Tetapi seperti yang anda tahu, kami sedang berkoordinasi dengan Arab Saudi, dan dalam beberapa hari akan datang saya akan bertemu Putera Mahkota Arab Saudi untuk membincangkan tarikh dan penganjuran sidang kemuncak itu. Saya berharap ia dapat diadakan secepat mungkin,” kata Macron pada sidang media di Brussels selepas Sidang Kemuncak EU lewat Khamis ketika ditanya mengenai tarikh baharu persidangan itu.

Persidangan yang menumpukan kepada penyelesaian aman isu Palestin dan pelaksanaan penyelesaian dua negara pada asalnya dijadualkan pada Jun tetapi ditangguhkan susulan ketegangan ketenteraan antara Iran dan Israel.

“Kami menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan penyambungan semula bantuan kemanusiaan kerana ini adalah situasi paling mendesak dari segi pandangan kemanusiaan dan politik, serta krisis paling mendesak di rantau ini,” kata Macron.

Beliau turut menggesa agar gencatan senjata Israel-Iran yang diumumkan Presiden AS Donald Trump dihormati, perbincangan disambung semula dan pemantauan terhadap aktiviti peluru berpandu serta nuklear Iran dijalankan.

Macron berkata membenarkan Iran menarik diri daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) akan menjadi “hasil paling buruk,” sambil menambah: “Ini akan membawa kepada situasi yang berbahaya dan melemahkan secara kolektif.”

“Tanggungjawab kami adalah untuk menegakkan NPT, memastikan Iran tidak menarik diri daripadanya dan membolehkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menyambung semula kerjanya di Iran secepat mungkin,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan