Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar di sekolah tersebut. Foto Bernama

Lima pelajar MRSM Besut direman tiga hari bantu siasatan kes buli

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 27 Jun: Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar di sekolah tersebut.

Perintah reman bermula hari ini hingga Ahad terhadap kesemua remaja berusia 15 hingga 17 itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret di sini.

Kelima-lima pelajar itu ditahan reman bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu dalam kenyataan semalam berkata seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama, pada 11.30 malam Selasa lepas.

Beliau berkata berdasarkan laporan dibuat mangsa, dia diarahkan duduk dalam keadaan separa mencangkung dan diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan