Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu Proton Wira berumur 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala isteri lelaki itu mengalami kecederaan tulang belakang, dan sepasang anak mereka, masing-masing berusia enam dan lapan tahun cedera ringan. Foto JBPM Pulau Pinang

Lelaki maut kereta dinaiki bersama isteri, dua anak terlibat kemalangan

ByBernama

KEPALA BATAS, 27 Jun: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bersama isteri dan dua anak terlibat kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 127.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.51 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira dan Proton Saga BLM. Terdapat lima mangsa iaitu tiga dewasa serta dua kanak-kanak, dan mereka telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam sebelum bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemandu Proton Wira berumur 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala isteri lelaki itu mengalami kecederaan tulang belakang, dan sepasang anak mereka, masing-masing berusia enam dan lapan tahun cedera ringan.

John berkata semua mangsa yang cedera, termasuk lelaki berumur 35 tahun yang memandu Proton Saga, dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut, dan mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan tiada risiko keberbahayaan yang lain, dan ia ditamatkan pada 8.39 pagi, seterusnya kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan