Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Lelaki dipenjara 20 tahun sebabkan kematian isteri hamil akibat seks ganas

SANDAKAN, 27 Jun: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu selepas disabitkan menyebabkan kematian isterinya yang sedang hamil enam bulan ketika melakukan hubungan seks secara ganas.

Tertuduh, Mohd Rusdi Mohd Nor, 38, didapati bersalah di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh, terhadap isterinya, Dr Azma Ab Rajab, 36, seorang pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Duchess of Kent.

Kejadian berlaku di sebuah kondominium di Jalan Utara pada 9 November 2022, antara jam 1 pagi hingga 10 pagi.

Hakim, Datuk Celestina Stuel Galid, ketika menjatuhkan hukuman pada 26 Jun lalu, menyatakan bahawa walaupun tiada unsur perancangan awal atau rekod keganasan rumah tangga, mahkamah mengambil kira bahawa tindakan tertuduh mengakibatkan kehilangan dua nyawa iaitu isteri dan anak yang belum dilahirkan.

“Pendakwaan memohon hukuman berat kerana insiden ini bukan sahaja meragut nyawa seorang doktor, tetapi juga anak sulung mereka yang sedang dikandung,” kata hakim.

Mahkamah turut mengambil kira rayuan peguam bela yang menyatakan tertuduh menyesali perbuatannya, tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan dan perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya, Risal Abd Fikkah, memaklumkan bahawa punca kematian adalah akibat asfiksia disebabkan perbuatan menekup (smothering), dan bukannya kematian serta-merta.

“Si mati seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa orang lain, namun malangnya tidak mampu menyelamatkan dirinya sendiri,” katanya.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil 23 saksi, manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi, termasuk tertuduh sendiri dan seorang pakar forensik. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found