BAU, 27 Jun: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) telah menyampaikan ceramah keselamatan jalan raya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bau sempena Program Cakna Lalulintas, pada Khamis.
Menurut kenyataan JPJ Sarawak, program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang kepentingan keselamatan jalan raya.
“Ini adalah antara inisiatif berterusan JPJ dalam melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berdisiplin dan bertanggungjawab,” jelas kenyataan itu.
Ceramah disampaikan oleh Pegawai UKJRK, Muhai Mohamed, dalam bentuk interaktif yang disesuaikan mengikut tahap pemahaman murid, agar mesej lebih mudah dihayati.
Program ini turut menjadi platform mendidik anak-anak sejak awal tentang peranan mereka sebagai pengguna jalan raya yang peka dan beretika. -TVS