Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Janting Tingom (dua, kiri) merakam gambar kenangan bersama Dr Suhana Koting (dua, kanan) serta yang lain selepas pertandingan. Foto Janting Tingom

Janting, anak muda Saratok juarai UG i-Fest 2025

SARATOK, 27 Jun: Anak kelahiran Sarawak, Janting Tingom, mencatat sejarah membanggakan apabila berjaya menewaskan lebih 2,600 peserta dari seluruh negara sekali gus menjuarai kategori Sains dan Teknologi di Pertandingan UG i-Fest 2025 yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

Janting, 23, berasal dari Rumah Jimmy Langan, Sebubu, Kaki Wong, Saratok, berjaya memikat panel juri dengan projek penyelidikan bertajuk “Performance evaluation of palm oil clinker (POC) powder as an additive in warm mix asphalt design” yang menggabungkan elemen inovasi dan kelestarian dalam bidang kejuruteraan awam.

Kemenangan tersebut melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM3,000 serta biasiswa penuh bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Malaya.

Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom, menyifatkan kejayaan Janting sebagai satu pencapaian luar biasa yang membuktikan keupayaan anak muda luar bandar dalam bersaing secara setara dengan pelajar dari institusi dan latar belakang yang lebih besar.

“Beliau bukan sahaja membanggakan Sarawak, malah mewakili contoh sebenar modal insan berkualiti yang amat diperlukan dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, Janting memberi harapan kepada usaha kerajaan negeri dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan berteraskan sains dan teknologi, selaras dengan teras pembangunan modal insan dan alam sekitar dalam pelan tersebut.

Janting merupakan bekas pelajar SMK Saratok dan pernah meraih keputusan cemerlang 9A dalam SPM 2019.

Kejayaan beliau membuktikan bahawa latar belakang luar bandar bukan penghalang untuk meraih pencapaian tertinggi dalam bidang akademik dan inovasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan