Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, perlumbaan regatta yang bakal berlangsung di Sungai Batang Sadong menjadi acara utama pesta menyaksikan enam kategori dipertandingkan. Foto: Pusat Khidmat N25 Simunjan

Hadiah RM75,500 menanti Raja Sungai Regatta Simunjan 2025

ByFarah Diyana Samsuddin

SIMUNJAN, 27 Jun: Pesta Simunjan 2025 menawarkan hadiah keseluruhan RM75,500 bagi Pertandingan Regatta termasuk RM20,000 untuk gelaran raja sungai.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, perlumbaan regatta yang bakal berlangsung di Sungai Batang Sadong menjadi acara utama pesta menyaksikan enam kategori dipertandingkan.

Selain itu beliau mendedahkan inti pati pesta dwi-tahunan yang bermula dari 2 hingga 5 Oktober depan itu bakal merangkumi sukan, kebudayaan, hiburan dan kulinari tempatan.

“Pesta Simunjan berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat serta memperkukuh perpaduan komuniti,” katanya pada ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau memberitahu program Bike Gathering turut dijangka menarik penyertaan dari luar negara seperti Brunei Darussalam dan Pontianak, Indonesia, selain dari Sabah, Kuching dan Samarahan.

“Brunei menghantar sekitar 100 peserta, manakala lebih 280 motosikal berkuasa tinggi akan tiba dari Pontianak. Ini menunjukkan pesta ini sudah menjadi acara berskala serantau,” jelas Awla.

Awla mendedahkan antara pengisian lain termasuk Showcase Muaythai (buat julung kali diadakan), pertandingan ratu, battle of the band, futsal terbuka, e-sukan, sukan rakyat, pertandingan masakan tradisional, Kek Legend & Bingka, persembahan pentarama, pertunjukan fesyen, aktiviti kanak-kanak serta Mini Karnival Kesihatan.

Majlis perasmian menurutnya bakal disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada 3 Oktober, manakala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir menyempurnakan majlis penangguhan pada 5 Oktober.

“Kemuncak pesta ialah perlumbaan Bidar 30 Pekayuh Lelaki, diikuti Konsert Malam Penutupan di Pentas Rakyat yang akan menampilkan artis popular tanah air,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan