Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Khamis memuji usaha Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam mencapai gencatan senjata antara Iran dan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto fail AFP

Erdogan desak usaha damai di Gaza, Ukraine seperti perjanjian Iran-Israel

ByBernama

ANKARA, 27 Jun: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Khamis memuji usaha Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam mencapai gencatan senjata antara Iran dan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Saya memberitahu Trump bahawa, merujuk kepada usahanya dalam gencatan senjata Israel-Iran, tahap usaha yang sama juga diharapkan untuk membantu menamatkan konflik di Gaza serta perang Rusia-Ukraine,” kata Erdogan di Belanda.

“Penutupan Selat Hormuz akan menyebabkan masalah besar. Kami percaya Iran tidak akan mengambil langkah sedemikian,” kata presiden Turkiye itu.

Erdogan menegaskan bahawa konflik terbaru antara Iran dan Israel sekali lagi menyerlahkan betapa pentingnya keselamatan bekalan tenaga.

“Sebagai Turkiye, kami sedang giat berusaha untuk meningkatkan sumber tenaga kami sendiri,” kata Erdogan.

“Kami tidak menganggap Iran akan menghentikan bekalan gas asli ke Turkiye,” kata Erdogan sambil menambah: “Pada masa ini, bekalan gas asli kami dari Iran berjalan lancar dan kami tidak menghadapi sebarang masalah.”

Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran pada 13 Jun termasuk kemudahan tentera dan nuklear dengan mendakwa Tehran hampir menghasilkan bom nuklear, dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Iran.

Iran kemudian melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron, manakala AS menyertai konflik itu dengan mengebom tiga tapak nuklear Iran pada Ahad.

Selepas 12 hari pertempuran udara antara dua musuh ketat serantau itu, Trump pada Isnin mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Iran untuk menamatkan konflik tersebut.

“Kami mengadakan pertemuan yang produktif dengan rakan saya Trump dan membincangkan hubungan dua hala, kerjasama NATO serta isu serantau dan global,” kata Erdogan.

“Kami menyampaikan pendekatan berorientasikan penyelesaian kami mengenai isu serantau kepada Trump dan mengharapkan sokongannya dalam hal ini,” tambah Erdogan sambil berkata: “Trump memberikan maklum balas positif terhadap cadangan kami.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan