Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua penari muda dari Sarawak, Jovanna Goh Yi Xuan dan Ariella Tang Chen Xin, mencatatkan kejayaan yang memukau dunia dalam kejohanan DSE Children Grand Prix & WDSF Bitola Open 2025 di Bitola, Macedonia Utara.

Dua penari cilik Sarawak cipta sejarah di Macedonia Utara

ByConnie Grace

KUCHING, 27 Jun: Dua penari muda Sarawak, Jovanna Goh Yi Xuan dan Ariella Tang Chen Xin mencipta sensasi apabila membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam kejohanan DSE Children Grand Prix & WDSF Bitola Open 2025 di Bitola, Macedonia Utara.

Pengasas merangkap jurulatih utama Tyng Dance Academy, Chan Tyng Tyng berkata, kejayaan luar biasa itu menjadikan mereka penari pertama dari Sarawak tersenarai dalam Senarai Kedudukan Dunia WDSF bagi kategori Juvenile 2 Solo Latin.

“Anak-anak kita bukan hanya membawa pulang pingat tetapi semangat Sarawak ke pentas dunia.

“Ini adalah cara kami memberi kembali kepada tanah yang membesarkan kami,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kejayaan tersebut menurutnya membuktikan Sarawak bukan sahaja kaya dengan warisan budaya malah mampu melahirkan bakat bertaraf dunia dalam arena DanceSport.

Tambahnya, Sarawak akan terus melonjak dalam sukan tersebut apabila menjadi tuan rumah Kejohanan dan Konvensyen DanceSport Antarabangsa Terbuka Borneo ke-3 (BOIDC 2025) yang dijadual berlangsung Oktober depan dengan penyertaan lebih 20 negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan