Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kurang hujan boleh berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara bermula esok hingga 1 Julai. Gambar hiasan Envato.

Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan tempat mulai esok hingga 1 Julai – MetMalaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kurang hujan boleh berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara bermula esok hingga 1 Julai.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 35 darjah Celsius dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan