Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Imej dron merakam kebakaran yang memusnahkan kawasan hutan dan ladang sawit seluas kira-kira 60 hektar di Batu 9, Jalan Oya, Sibu. Foto Unit Dron NREB

60 hektar ladang, hutan terbakar di Jalan Oya

SIBU, 27 Jun: Kebakaran hutan yang bermula sejak 24 Jun lalu memusnahkan kira-kira 60 hektar kawasan termasuk ladang sawit yang ditebang dan kawasan hutan berhampiran kira-kira lima kilometer dari Batu 9, Jalan Oya.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, Andy Alie berkata, keluasan kawasan terjejas dijangka terus meningkat berikutan cuaca panas dan kering yang berpanjangan.

“Kebakaran melibatkan tanah ladang yang dibersihkan dan kawasan hutan bersebelahan. Setakat ini, keluasan kawasan terbakar dianggarkan sekitar 60 hektar,” katanya hari ini.

Pasukan dari Jabatan Alam Sekitar (NREB) turut menjalankan pemantauan udara menggunakan dron dan kamera bagi merekodkan koordinat kawasan terbakar untuk penilaian dan siasatan lanjut.

Menurut Andy, pemantauan bersama agensi berkaitan akan diteruskan bagi mengawal kebakaran daripada merebak.

Sebelum itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.56 tengah hari semalam dan bergegas ke lokasi berhampiran Kampung Seduan.

Namun, kerja-kerja pemadaman tidak dapat dijalankan kerana tiada laluan masuk ke kawasan kebakaran yang terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama.

“Kami terpaksa mendapatkan bantuan Unit Dron NREB bagi mengenal pasti koordinat, laluan alternatif dan sumber air terdekat,” ujar Andy.

Operasi pemantauan di lokasi ditamatkan pada jam 2.39 petang dan pasukan kembali ke balai tanpa tindakan pemadaman.

Beliau turut menasihatkan pemilik ladang dan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran kepada pihak berkuasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan