Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

Warga emas miliki 39 rekod jenayah pecah rumah ditahan

ByBernama

TANGKAK, 26 Jun: Seorang warga emas yang memiliki 39 rekod kesalahan lampau berkaitan kes pecah rumah dengan aktif melakukan kegiatan itu di Tangkak dan kawasan sekitar ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Kesidang, Melaka, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan pada 3.10 petang berdasarkan hasil risikan dan maklumat diterima polis.

“Suspek menyasarkan rumah mewah kosong dan dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sejak Mac lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis menemukan sejumlah barangan dipercayai hasil samun antaranya 19 beg tangan berjenama, jam tangan mewah serta wang tunai pelbagai negara termasuk dolar Singapura (SGD) dan Amerika Syarikat (USD).

Selain itu, beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk pecah rumah turut ditemukan seperti pemutar skru, sarung tangan dan lampu suluh.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis Hyundai Getz dipercayai digunakan dalam kes yang sama. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM300,00,” katanya.

Beliau berkata dengan penahanan lelaki itu, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah di sekitar Bukit Gambir, Sungai Mati dan Tangkak.

Lelaki berkenaan didapati negatif terhadap dadah dan dia kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan