Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri menzahirkan ucapan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Sarawak. Foto Astana Negeri Sarawak

TYT Sarawak seru rakyat pupuk semangat hijrah, baiki diri ke arah kebaikan

ByMuqri Aziz

BINTULU, 26 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru umat Islam di wilayah ini agar menjadikan semangat hijrah sebagai pendorong untuk melakukan kebaikan serta terus memperbaiki diri.

Amanat beliau itu dinyatakan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Astana Negeri Sarawak disulami dengan  ucapan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam sempena 1 Muharam 1447 Hijrah dengan berdoa agar tahun baharu ini membuka lembaran hidup yang lebih diberkati, beriman dan diredhai Allah SWT.

Kenyataan itu turut memetik firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 11 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

“Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi turut berdoa agar umat Islam terus dipelihara dalam rahmat dan keampunan-Nya.

“Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H. Semoga setiap langkah kita mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri daripada kelalaian dunia,” menurut kenyataan itu hari ini.

Umat Islam di seluruh dunia menyambut Maal Hijrah pada 1 Muharam sebagai tanda kesyukuran dan penghayatan terhadap peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang lazimnya diiringi dengan solat Maghrib secara berjemaah.

Tun Wan Junaidi dan isteri kini berada di Bintulu bagi menghadiri Majlis Doa Akhir Tahun 1446H dan Awal Tahun 1447H Peringkat Sarawak yang akan berlangsung di Masjid Assyakirin, Bintulu malam ini.

Sementara pada esok, pasangan kenamaan itu turut dijadual menghadiri Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2025M yang akan berlangsung di Dewan Suarah Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan