Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Sri Pahang FC sah tidak akan menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim baharu meskipun telah menerima Lesen Kebangsaan oleh First Instance Body (FIB). Foto Sri Pahang FC.

Tarik diri Liga Super, Sri Pahang FC perlukan masa kukuhkan struktur dalaman

ByBernama

KUANTAN, 26 Jun: Keputusan untuk tidak menyertai Liga Super musim 2025/26 dibuat kerana Sri Pahang FC memerlukan masa untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi struktur dalaman demi menjamin masa depan yang lebih cerah bagi pasukan itu.

Sri Pahang FC menerusi hantaran di laman Facebook turut berharap akan diberi peluang menyertai pembangunan bola sepak di negeri itu pada masa akan datang.

“Sehubungan itu, pihak Sri Pahang FC ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur, pihak berkuasa, penajaan, penyokong dan pengikut Sri Pahang FC, semoga kita berjumpa lagi pada musim hadapan,” menurut hantaran itu.

Sebelum ini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan skuad Tok Gajah yang menerima lesen kebangsaan 2025/26 itu membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) dengan mengemukakan surat pengesahan bertarikh 16 Jun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan