Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siasatan polis mendapati suspek kes pembunuhan seorang pelajar sebuah universiti di Cyberjaya mengeluarkan wang menggunakan kad pengeluaran automatik (ATM) milik mangsa selepas wanita itu meninggal dunia. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Suspek kes bunuh pelajar dikesan keluarkan wang mangsa guna kad ATM

ByTVS

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Siasatan polis mendapati suspek kes pembunuhan seorang pelajar sebuah universiti di Cyberjaya mengeluarkan wang menggunakan kad pengeluaran automatik (ATM) milik mangsa selepas wanita itu meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner (ACP) Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesan enam transaksi di sekitar ibu negara.

Kata beliau, kad ATM pelajar berusia 21 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak itu merupakan antara barang yang dilaporkan hilang selepas mayatnya ditemukan di sebuah kondominium di Mutiara Ville, pagi kelmarin.

Pelajar wanita universiti di Cyberjaya dibunuh, polis buru suspek

“Selain kad ATM, barangan lain yang dilaporkan hilang adalah komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau memberitahu polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai sebagai suspek utama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Awal hari ini Norhizam menerusi kenyataan media mengesahkan mangsa dibunuh susulan hasil bedah siasat di Hospital Serrano mendapati punca kematian adalah disebabkan pukulan objek tumpul di kepala serta tiada kesan kecederaan yang dikaitkan dengan jenayah rogol.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohd Husny Hussein di talian 012-9307860,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan