Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek keluar dari mahkamah selepas dibebaskan. Foto TVS

Suspek edar dadah di Sibu dibebaskan dengan jaminan polis

SIBU, 26 Jun: Seorang lelaki berusia 52 tahun yang dipercayai suspek mengetuai sindiket pengedaran dadah terbesar di Sibu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas tempoh reman selama tujuh hari berakhir.

Pembebasan suspek diputuskan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Sibu yang dikendalikan Penolong Kanan Pendaftar, Jessica Lee Suk Kiun, yang bertindak sebagai majistret sementara.

Permohonan pembebasan dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Aminur Rizwan Saiful Bahari. Suspek, yang direman sejak 20 Jun lalu, sebelum ini tidak diwakili peguam.

Isteri suspek yang berusia 44 tahun turut dibebaskan lebih awal pada 24 Jun, selepas tamat tempoh lanjutan reman selama empat hari.

Pasangan itu ditahan susulan operasi besar-besaran oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sibu (JSJN) yang dijalankan pada 12 dan 13 Jun lalu.

Operasi tersebut melibatkan serbuan ke atas sebuah premis di Pusat Komersil Pedada serta dua kediaman di Lorong Permai Jaya.

Dalam operasi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM532,934.40, termasuk 7,086.7 gram syabu, 2,078.9 gram ketamin dan 2,022.6 gram pil Erimin 5.

Turut disita ialah wang tunai berjumlah RM5.16 juta, empat jongkong emas, dua rantai emas, dua jam tangan mewah jenama Rolex serta tiga kenderaan mewah.

Siasatan awal mendapati pasangan itu dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Sibu sejak 2015. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan