Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin pada Majlis Anugerah Peperiksaan Awam SPM dan STPM 2024 di SMK Merbau, Miri, hari ini. Foto Wilbert Usang (TVS)

SMK Merbau terus unggul, cemerlang dalam SPM dan STPM 2024

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 26 Jun: Sekolah Menengah Kebangssan (SMK) Merbau terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara sekolah terbaik di Sarawak apabila mencatat peningkatan memberangsangkan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

Sekolah tersebut menyaksikan seramai 105 pelajar berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM, manakala 78 pelajar STPM mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.00 ke atas, termasuk empat pelajar yang meraih CGPA penuh 4.00.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata pencapaian ini membuktikan usaha berterusan pihak sekolah, para guru dan ibu bapa dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.

“Setiap tahun prestasi sekolah ini semakin meningkat. Ini menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan para pelajar mendapat pendidikan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Peperiksaan Awam (MAPRA) SPM dan STPM 2024 di SMK Merbau, Miri, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik yang disifatkannya bekerja keras mendidik anak-anak Sarawak hingga berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang membanggakan.

Pada majlis yang sama, beliau memuji usaha SMK Merbau menubuhkan Pusat Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai langkah strategik mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dunia moden yang dipacu oleh teknologi.

Menurutnya, penekanan STEM perlu dipertingkatkan agar generasi akan datang dapat menyumbang dalam sektor pekerjaan berteraskan kemahiran teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), robotik dan automasi.

“Kita sedang menyaksikan transformasi besar dalam landskap pekerjaan. Banyak pekerjaan masa depan akan bergantung pada kemahiran teknologi seperti AI, percetakan 3D, dan sistem pintar. Maka, pendidikan STEM adalah langkah penting ke arah itu,” katanya. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan