Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri menyantuni keluarga mangsa bunuh. Foto Media DS Nancy Shukri

Siasat secara telus kes pembunuhan pelajar kolej di Cyberjaya

ByFebbright James

CYBERJAYA, 26 Jun: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berharap siasatan terhadap kes pembunuhan tragik seorang pelajar kolej di Cyberjaya dapat dijalankan secara telus dan berintegriti.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, Nancy turut menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa serta berharap agar keadilan dapat ditegakkan.

“Pagi ini saya berkesempatan menziarahi keluarga mangsa kejadian tragis di Mutiara Ville, Cyberjaya sebelum bertolak ke Putrajaya. Saya sempat berbual dengan ahli keluarga mangsa. Jenazah masih dalam perjalanan dari Hospital Serdang,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar segala urusan keluarga mangsa dipermudahkan dan mereka dikurniakan kekuatan menghadapi saat duka ini.

Nancy turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Maniishapriet Kaur Akhara yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar wanita berusia 20 tahun yang menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di sebuah universiti swasta di Cyberjaya ditemui mati dalam keadaan mencurigakan di sebuah kondominium di Mutiara Ville, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 10.28 pagi.

“Siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan pecah masuk namun terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Menurut Norhizam, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat pukulan objek tumpul di kepala.

Tiada sebarang kecederaan lain yang menunjukkan kaitan dengan jenayah seksual.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohd Husny Hussein di talian 012-9307860.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan