Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
砂能源及环境可持续发展部副部长拿督哈兹兰(左三),接见澳洲贸易、商业及亚洲事务部长罗宾(左四)后,与代表团合影。

Sarawak, Australia perkukuh kerjasama peralihan tenaga

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 26 Jun: Sarawak dan Australia terus menunjukkan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama strategik melibatkan peralihan tenaga bersih serta kelestarian alam sekitar.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, ia dizahirkan dalam pertemuannya bersama Menteri Perdagangan, Perniagaan dan Hubungan Asia Australia, Robyn Cahill baru-baru ini.

Menurutnya, kedua-dua pihak mengiktiraf hala tuju yang selari antara kerajaan masing-masing dalam memperkasa peralihan tenaga bersih dan usaha ketahanan iklim.

“Menerusi pertemuan ini, Robyn Cahill menyatakan minat mendalam Australia untuk bekerjasama dengan Sarawak khususnya dalam aspek pertukaran ilmu dan kepakaran teknikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan Cahill menyifatkan pendekatan progresif Sarawak dalam bidang tenaga dan alam sekitar sebagai kekuatan utama menjadikan wilayah ini rakan strategik berpotensi dalam membentuk masa depan tenaga mampan.

Sarawak dan Australia juga bersetuju untuk meneroka pertukaran teknikal, penyelidikan bersama serta pelaksanaan program kolaboratif yang mampu mempercepatkan pencapaian matlamat bersama selain memberi manfaat kepada pemegang taruh di kedua-dua rantau.

Tambah Dr Hazland, perbincangan turut menyentuh peluang pembangunan kapasiti, kerjasama antara industri dan institusi akademik serta pelaksanaan projek perintis dalam bidang seperti pengeluaran hidrogen, penangkapan karbon, dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi.

“Pertemuan ini merupakan satu lagi langkah penting memperkukuh hubungan global Sarawak dalam bidang kelestarian alam sekitar serta menegaskan komitmen negeri terhadap kerjasama antarabangsa dalam menangani cabaran iklim dan tenaga,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan