Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor semasa Makmal RTP Tahun 2026 Bahagian Sri Aman di Kuching. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

RM4 juta diperuntuk projek RTP 2026 di DUN Lingga

KUCHING, 26 Jun: Sejumlah RM4 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 di DUN Lingga, Bahagian Sri Aman.

Menurut ADUN Dayang Noorazah Awang Sohor kerjasama erat antara wakil rakyat dan agensi pelaksana sangat penting untuk memastikan dana tersebut digunakan dengan berkesan demi manfaat penduduk luar bandar.

“Makmal RTP 2026 yang berlangsung hari ini memberikan ruang untuk mengenal pasti dan merancang projek pembangunan luar bandar yang berimpak tinggi di kawasan kami,” ujarnya selepas menghadiri makmal tersebut.

Tambah beliau, sesi itu turut melibatkan perbincangan bersama pelbagai agensi pelaksana serta wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU) bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan tepat pada masanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan