Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas merakamkan terima kasih dan penghargaan yang mendalam kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump atas kejayaannya membantu mencapai gencatan senjata antara Israel dan Iran. Foto AFP

Presiden Palestin sedia bekerjasama dengan Trump capai perjanjian damai

ByBernama

RAMALLAH, 26 Jun: Presiden Palestin Mahmoud Abbas merakamkan terima kasih dan penghargaan yang mendalam kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump atas kejayaannya membantu mencapai gencatan senjata antara Israel dan Iran.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Abbas berkata inisiatif itu adalah langkah penting dan perlu untuk meredakan krisis global yang berlarutan dan akan memberi kesan positif terhadap keselamatan serta kestabilan rantau ini.

Dalam surat kepada Trump, Abbas menghargai pendirian berani Presiden AS itu yang menyeru agar perang di Semenanjung Gaza dihentikan dan gencatan senjata kekal dilaksanakan segera.

Abbas menyifatkan ini sebagai lanjutan daripada usaha penting Trump ke arah mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh antara Palestin, Israel dan seluruh dunia. Beliau berkata langkah ini mampu memberi harapan kepada rakyat di rantau ini yang keamanan dan keadilan boleh dicapai sekiranya terdapat keazaman dan kepimpinan seperti yang ditunjukkan oleh Trump.

Presiden Abbas menegaskan kesediaan penuh beliau untuk bekerjasama rapat dengan Presiden Trump serta pihak Arab dan antarabangsa yang berkaitan bagi merunding dan melaksanakan perjanjian damai yang menyeluruh dalam tempoh masa yang jelas dan mengikat bagi menamatkan penjajahan serta mencapai keselamatan dan kestabilan sejagat, berpandukan prinsip undang-undang antarabangsa dan Inisiatif Damai Arab.

Beliau turut mengesahkan kesediaan Negara Palestin untuk bekerjasama dengan Trump, Kerajaan Arab Saudi, negara-negara Arab dan Islam, serta rakan antarabangsa di Eropah dan dunia bagi merealisasikan janji keamanan.

“Bersama anda, kita boleh capai apa yang sebelum ini kelihatan mustahil: sebuah negara Palestin yang diiktiraf, bebas, berdaulat dan selamat; sebuah negara Israel yang diiktiraf dan selamat; dan rantau yang menikmati keamanan, kemakmuran dan integrasi,” kata Abbas.

Beliau berkata, “Kami dipenuhi dengan harapan dan keyakinan terhadap kemampuan anda mencipta sejarah baharu untuk rantau kami dan mengembalikan keamanan yang telah hilang sejak beberapa jenerasi.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan