Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Kota MADANI di sini, hari ini.Foto, Afiq Johari (TVS).

PM mahu Kota MADANI jadi model pembangunan bandar di seluruh negara

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 26 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu projek Kota MADANI dijadikan contoh kepada pembangunan bandar di semua kota-kota di dalam negara.

Sehubungan itu jelas Perdana Menteri, beliau telah meminta majlis perbandaran, kerajaan-kerajaan negeri untuk meneliti langkah bagi menjayakan hasrat itu, sambil memberi peringatan agar tidak tunduk kepada pemaju.

“Kita (kerajaan) yang merancang, pemaju hanya memberikan pandangan dan memperbaiki. Jangan projek itu ditentukan oleh  syarikat dan pemaju, kerana mereka tentunya memberi pandangan dan saranan yang hanya melihat kepada keuntungan.

“Kita tidak nafikan, tidak ada pemaju yang akan bangunkan projek bernilai RM4 bilion tanpa keuntungan, tetapi mesti memenuhi konsep ini (MADANI) dengan pantas,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Kota MADANI di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat semalam bersetuju agar pelaksanaan projek Kota MADANI disegerakan tanpa perlu melalui karenah birokrasi.

“Tentunya ikut peraturan, jika ia perlukan tempoh dua bulan, mengapa tidak boleh luluskan dalam dua minggu?

“Dulu kalau nak minta daftar syarikat, minima tiga atau enam bulan. Tetapi sekarang ini, semuanya dalam talian, satu hingga tiga hari selesai. Jadi, samalah dengan konsep ini (projek Kota MADANI).

“Saya akan pantau dan pegawai akan berikan saya laporan kemajuan tiap bulan,” katanya.

Anwar menambah, konsep projek itu antara lain memfokuskan kepada kelestarian dan penjimatan kos pengangkutan untuk penduduk di kawasan Putrajaya.

Projek bernilai RM4 bilion itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan build, lease, maintain and transfer (Bina-Pajak-Selenggara-Pindah–BLMT), tanpa melibatkan peruntukan kerajaan pada peringkat awal.

Ia bakal merangkumi 10,000 unit kuarters kediaman berintensiti tinggi yang mampu menampung lebih 30,000 penduduk, sekolah menegak serta pelbagai kemudahan awam. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan