KUALA LUMPUR, 26 Jun: Penstrukturan semula tarif elektrik yang diumumkan baru-baru iniĀ mampu menjimatkan bil utiliti jika digunakan secara berhemat.
Pekerja swasta,Ā Rozita Ibrahim, 38, berkata ini keranaĀ penggunaan elektrik berdasarkan skim Masa Penggunaan (TOU) dapatĀ mengurangkan bil sekiranya digunakan di luar waktu puncak.
āNak jimat kena ikutlah masa itu. Contohnya, kerja-kerja rumah sepertiĀ basuh dan gosok baju semuanya kita buat di luar waktu puncak,ā kata ibu dua anak ituĀ kepada Bernama baru-baru ini.
Jumaat lepas, Suruhanjaya Tenaga (ST) memaklumkanĀ lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan kerajaan.
Sebagai galakan kepada penggunaĀ yang mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemat, Insentif Cekap Tenaga akan diperkenalkan.
Melalui insentif itu, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah dijangka tidak terkesan dengan pelaksanaan jadual tarif baharu.
Selain itu, menurut STĀ skim TOUĀ telah diselaraskan dan diperluas kepada tempoh luar puncak yang lebih panjang iaitu keseluruhan Sabtu, Ahad dan mulai 10 malam hingga 2 petang pada Isnin hingga Jumaat.
“Ini bagi menggalakkan pengurusan penggunaan yang lebih cekap mengikut waktu permintaanĀ sejajar dengan usaha ke arah sistem tenaga yang lebih cekap dan lestari.
“SekiranyaĀ menggunakanĀ di luar waktu puncak, pengguna dapat menjimatkan bil elektrik berbanding penggunaan ketika waktu puncak,” jelas ST.
Pensyarah sebuah institusi swasta yang hanya ingin dikenali sebagai Joe pula berpendapat penstrukturan semula tarif elektrikĀ melatih penggunaĀ untukĀ lebih berdisplin, terutamanya bagiĀ mereka yang memiliki keluarga besar yang tentunya memerlukan penggunaan kadar elektrik lebihĀ tinggi,
āContohnyaĀ saya sendiri memilikiĀ lapan anak, jadi sayaĀ perlu mendidik merekaĀ supaya berjimat. Saya juga boleh kurangkan kos pembayaran utiliti itu setiap bulan jika pandai menguruskanĀ masa guna elektrik.
āSabtu dan Ahad merupakan luar waktu puncak, kebetulan saya dan isteri memang cuti pada hujung Ā minggu.. jadi dapatlah kami bereskan semua kerja rumah. Hari biasa pula kami cuba kurangkan penggunaan elektrik,ā katanya yang memperuntukkanĀ bayaran bil elektrik hampir RM1,000 sebulan.
Beliau juga bercadang untuk memasang ātimerāĀ bagiĀ membantu menjimatkan elektrik, yangĀ boleh digunakan untuk menghidupkan dan mematikan peralatan elektrik pada waktu ditetapkan secara automatik.
Sementara itu,Ā Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam MalaysiaĀ Profesor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali mencadangkan alternatif penggunaan tenaga solar yang lebih meluasĀ dalam usaha menjimatkanĀ tenaga elektrik.
āMungkin kerajaan melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh pertimbangkan untuk meluaskan penggunaannya (solar) kepada golongan B40, dengan menjadikanĀ ia lebih mampu milik,ā katanya dan menambah pemasangan panel solar di kediaman mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 50 hingga 100 peratus.
Menurut ST, tarif tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Dis 2027 mengikut kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990. -TVS