Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba melakukan operasi menyelamat mangsa di lokasi kejadian. Foto JBPM Sarawak

Pemandu terselamat lori terbalik di Jalan Meruton-Baji

SARIKEI, 26 Jun: Seorang lelaki berusia 36 tahun terselamat selepas lori 10 tan yang dipandunya terbabas lalu terbalik di bahu Jalan Meruton-Baji, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.16 pagi dan pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei digerakkan ke lokasi sejauh 12 kilometer.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 8.30 pagi dan mendapati sebuah lori 10 tan terbabas dan terbalik di bahu jalan. Pemandu, seorang lelaki dewasa berjaya keluar sendiri dari kenderaan dalam keadaan sedar,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan berupa luka kecil dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.50 pagi selepas kawasan kejadian selamat dan tiada risiko lanjutan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan