Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Kuching City FC bakal memulakan jelajah Sarawak bermula minggu hadapan

Kuching City FC mulakan jelajah Sarawak minggu depan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 Jun: Pasukan Kuching City FC bakal memulakan jelajah Sarawak bermula minggu hadapan sebagai usaha memperkukuh sokongan akar umbi dan memperluas pengaruh bola sepak di seluruh wilayah ini.

Pengerusi Kuching City FC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, inisiatif tersebut bertujuan mendekati peminat secara langsung di pelbagai lokasi dan memperkukuh jaringan penyokong kelab.

“Kami akan memulakan Tour Sarawak bermula minggu hadapan sebagai usaha untuk bertemu peminat dan mengukuhkan lagi fan base kita di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui selepas rakaman program Sukan TVS, semalam.

Antara lokasi yang bakal dikunjungi sepanjang siri jelajah ini termasuk Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Salah satu acara utama yang dijangka menarik perhatian peminat ialah perlawanan persahabatan menentang pasukan Brunei DPMM U23 yang akan menjadi antara kemuncak sepanjang siri jelajah berlangsung.

“Jelajah ini akan berlangsung selama seminggu dan akan diikuti dengan permulaan sesi pra musim kita,” ujarnya.

Tambahnya, program tersebut turut memberi ruang kepada penyokong setia di luar Kuching untuk berinteraksi secara langsung bersama pasukan sekali gus menyuntik semangat baharu menjelang musim baharu yang akan bermula tidak lama lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan