Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Hazwan menyerahkan sijil penghargaan kepada Pengusaha Syarikat S Ahmad and Son Limbang Mohamed Ahmad. Foto TVS.

KPDN sahkan tiada aduan kenaikan harga barang di Limbang

LIMBANG, 26 Jun: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Limbang mengesahkan tiada sebarang aduan berhubung kenaikan harga barang diterima setakat ini meskipun terdapat khabar angin isu itu berlaku di daerah berkenaan.

Ketua KPDN Bahagian Limbang Mohd Hazwan Basrol berkata harga barang kawalan di bahagian ini masih terkawal dan bekalan bekalan barang kawalan juga mencukupi.

“Kita nasihatkan para pengguna agar tidak membuat pembalian panik, kerana bila ada khabar angin mengenai kenaikan harga barang orang awam akan berpusu-pusu untuk mendapatkan bekalan yang mana kita di Limbang bekalan adalah terkawal dan tidak perlu melakukan pembelian panik,” katanya kepada media pada Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) anjuran Syarikat Ahmad & Sons Limbang hari ini.

Turut sama ialah Pengusaha Syarikat S Ahmad and Son Limbang Mohamed Ahmad.

Mohd Hazwan berkata Limbang juga tidak berdepan isu kekurangan bekalan barangan terkawal seperti minyak masak peket, telur, tepung dan sebagainya.

“Barang kawalan ini boleh didapati di premis-premis perniagaan, sebelum ini pengguna berdepan isu kelewatan bekalan tetapi dapat ditangani,” katanya.

Beliau berkata PJRM yang diadakan di bahagian Limbang mendapat sambutan mengalakkan daripada rakan strategik dan masyarakat setempat untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran biasa, antara 10 hingga 30 peratus. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan