Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Korea Utara menyiapkan sebuah resort pantai berskala besar di Kalma, di pesisir timur negara itu, yang disifatkan oleh pemimpin Kim Jong Un sebagai antara pencapaian utama negara tahun ini, lapor agensi berita Yonhap. Foto fail AFP

Korea Utara lancar resort pantai Kalma untuk galak pelancongan

ByBernama

SEOUL, 26 Jun: Korea Utara menyiapkan sebuah resort pantai berskala besar di Kalma, di pesisir timur negara itu, yang disifatkan oleh pemimpin Kim Jong Un sebagai antara pencapaian utama negara tahun ini, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut agensi berita rasmi Korean Central News Agency (KCNA), majlis perasmian resort diadakan pada Rabu dengan kehadiran Kim.

Kawasan pelancongan pesisir Wonsan Kalma itu menampilkan hotel dan asrama yang mampu menampung hampir 20,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Ia turut dilengkapi kemudahan renang, sukan, rekreasi dan ruang makan awam.

Resort itu merangkumi kawasan pantai sepanjang empat kilometer dan direka untuk aktiviti riadah sepanjang tahun, menurut KCNA.

Kim menyifatkan pembinaan resort itu sebagai antara kejayaan terbesar Korea Utara tahun ini dan menekankan ia perlu menjadi pemangkin pembangunan sektor pelancongan negara.

Kongres Kesembilan Parti Pekerja Korea yang akan datang dijangka meluluskan rancangan untuk membangunkan kawasan pelancongan serupa di lokasi lain, tambah beliau.

Kim turut ditemani anak perempuannya, Ju-ae, serta isterinya, Ri Sol Ju, yang membuat kemunculan awam pertama sejak Januari.

Duta Besar Rusia dan kakitangan kedutaan turut hadir pada majlis itu, menunjukkan potensi Rusia sebagai pasaran pelancong asing utama bagi resort berkenaan.

Resort itu dijadual dibuka kepada pelancong tempatan pada 1 Julai ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan