Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Foto TVS

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.87 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.19 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM3.2 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion bagi 32 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.6 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM22.2 bilion. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan