Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Iran mengumumkan sekatan Internet yang dilaksanakan semasa perang dengan Israel telah ditarik balik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto fail AFP

Iran umum penarikan semula sekatan internet

ByBernama

TEHERAN, 26 Jun: Kerajaan Iran mengumumkan sekatan Internet yang dilaksanakan semasa perang dengan Israel telah ditarik balik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Akses Internet telah kembali normal,” kata Menteri Komunikasi Sattar Hashemi pada Rabu.

Sebahagian besar penduduk hampir sepenuhnya terputus daripada laman web luar selama hampir seminggu, termasuk banyak perkhidmatan pemesejan.

Penduduk di Teheran memaklumkan pada tengah hari Rabu bahawa mereka sudah boleh mengakses kandungan Internet luar semula. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa sekatan dengan halaman dimuatkan secara perlahan atau tidak dapat dimuatkan langsung.

Pihak berkuasa keselamatan secara rasmi memberi alasan langkah itu atas dasar keperluan ketenteraan untuk melindungi daripada serangan Israel.

Namun ramai penduduk yang ingin mendapatkan maklumat secara bebas tidak mempercayai penjelasan itu dan menuduh kerajaan mahu menapis laporan mengenai perang tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan