Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Hafiz Pelira dari Saratok dan Norhashimah Marzuki (Kabong) masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Betong. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Hafiz dan Norhashimah johan Tilawah al-Quran Bahagian Betong

KABONG, 26 Jun: Muhammad Hafiz Pelira dari Saratok dan Norhashimah Marzuki (Kabong) masing-masing muncul johan qari serta qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Betong Tahun 1446 Hijrah bersamaan 2025 Masihi.

Dengan kemenangan tersebut, kedua-dua johan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sijil penyertaan dan piala iringan.

Bagi kategori qari, tempat kedua dimenangi oleh Mohammad Zahary Masor diikuti Sulaiman Ayup di tempat ketiga, kedua-duanya dari Betong.

Sementara itu, bagi kategori qariah, naib johan disandang Nur Saidatul Hanisah Saleman dari Kabong dan tempat ketiga milik Rosnani Junaidi dari Saratok.

Pemenang tempat kedua bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM700, sijil dan piala iringan manakala tempat ketiga menerima RM500 berserta sijil dan piala iringan.

Majlis penangguhan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir.

Seramai 12 peserta terdiri daripada enam qari dan enam qariah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Antara peserta lain bagi kategori qari merangkumi Ahlip Mohammad Aup (Pusa), Muhammad Haziq Hafiy Hassan (Saratok) dan Razali Sulong (Kabong).

Sementara itu, peserta qariah terdiri daripada Fatimah Adenan, Ilma Zanira Sorpi (Betong), dan Norelzira Mohammad dari Kabong.

Majlis tersebut dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Betong, Pejabat Daerah Kabong, Pejabat Agama Islam Bahagian Betong dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Assabirin Kabong.

Penganjuran tilawah tersebut bertujuan memperkukuh syiar Islam, memupuk kecintaan terhadap al-Quran dan mencungkil bakat qari serta qariah dari seluruh Bahagian Betong.

Turut hadir Pemangku Timbalan Residen Bahagian Betong, Hamdan Katang, Pegawai Daerah Kabong merangkap Pengerusi Pengelola Majlis, Tahir Mohd Sharee dan Pemangku Pegawai Agama Islam Bahagian Betong, Anwar Rosli.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan