Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cristiano Ronaldo hampir bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu selama dua tahun dengan kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr. Foto fail AFP

Cristiano Ronaldo bakal tandatangani kontrak baharu 2 tahun bersama Al Nassr

ByBernama

LONDON, 26 Jun: Cristiano Ronaldo hampir bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu selama dua tahun dengan kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr, menurut agensi berita PA.

Kapten Portugal berusia 40 tahun itu sepatutnya menamatkan kontraknya pada penghujung Jun.

Selepas perlawanan terakhir Al Nassr dalam saingan liga bulan lalu, Ronaldo memuat naik kenyataan di media sosial berbunyi “bab ini sudah berakhir”, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan kelab berpangkalan di Riyadh itu.

Namun, pemenang Ballon d’Or lima kali itu kini dijangka kekal di Arab Saudi.

Penyerang itu menyertai Al Nassr pada Disember 2022 sebagai pemain bebas selepas meninggalkan Manchester United susulan temu bual kontroversi yang menyaksikan beliau mengkritik kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Ronaldo telah menjaringkan 99 gol dalam 111 penampilan bersama Al Nassr, termasuk 35 gol musim lalu untuk muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Pro Saudi dan memenangi anugerah Kasut Emas.

Al Nassr kini tidak mempunyai pengurus selepas berpisah dengan Stefano Pioli pada Rabu.

Bekas pengendali AC Milan dan Inter itu, yang dilantik pada September, membawa Al Nassr menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Liga Pro Saudi musim lalu, 13 mata di belakang juara, Al Ittihad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan