Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mohd Chee Kadir (tengah) menyerahkan sumbangan geran projek khas kepada Geng Wharf Kabong pada Khamis. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Bengkel bot perkasa kemahiran belia nelayan di Kabong

KABONG, 26 Jun: Penubuhan bengkel bot nelayan di Kampung Hulu Sungai Benang membuka ruang kepada komuniti nelayan, khususnya golongan belia, untuk memperkasakan kemahiran teknikal dalam industri pembuatan bot tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, inisiatif itu selaras usaha memperkukuh daya saing dan meningkatkan pendapatan nelayan secara mampan serta berkualiti.

“Saya berharap projek ini mampu melahirkan lebih ramai anak muda tempatan yang celik kemahiran, sekali gus mengangkat kembali kemahiran tradisi seperti pembinaan bot ke tahap yang lebih moden dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan kepada TVS selepas menyerahkan sumbangan Geran Projek Khas Kerajaan Sarawak berjumlah RM8,000 kepada Geng Wharf Kabong (GWK) menerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong, hari ini.

Menurutnya, sumbangan itu adalah kesinambungan kepada bantuan terdahulu yang turut disalurkan kepada kumpulan sama bagi tujuan membangunkan Bengkel Bot Nelayan.

“Saya berharap sumbangan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti nelayan di Kampung Hulu Sungai Benang agar terus kekal berdaya saing dan relevan dalam bidang pembinaan bot tempatan yang lebih lestari,” ujarnya.

Setakat ini, GWK telah menerima peruntukan secara berfasa berjumlah RM88,000 daripada Mohd Chee bagi memperkukuh projek berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan