Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail barisan Menteri Luar ASEAN. Foto Jabatan Perdana Menteri (Facebook)

ASEAN sambut baik gencatan senjata Israel-Iran, gesa hormati perjanjian

ByBernama

PUTRAJAYA, 26 Jun: Menteri-menteri luar ASEAN menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Iran, sambil menggesa semua pihak mematuhi perjanjian itu dan mengelak berulangnya konflik di Timur Tengah.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, para menteri menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di Timur Tengah sejak 13 Jun.

Gencatan senjata itu mula berkuat kuasa pada 24 Jun.

“Kami menegaskan semula kewajipan semua pihak untuk menyelesaikan perbezaan melalui cara aman serta menghormati kedaulatan dan integriti wilayah semua negara selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami seterusnya mengulangi kewajipan untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam dalam konflik bersenjata sebagaimana termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, para menteri menyatakan sokongan ASEAN terhadap usaha berterusan, termasuk yang diketuai PBB bagi meredakan ketegangan dan menggalakkan penglibatan secara konstruktif dalam kalangan semua pihak terlibat.

“Kami turut menegaskan semula komitmen bersama kami untuk menyediakan bantuan kecemasan kepada warga ASEAN selaras dengan Deklarasi ASEAN mengenai Garis Panduan Bantuan Konsular oleh Misi Negara Anggota ASEAN di Negara Ketiga kepada Rakyat Negara Anggota ASEAN yang Lain.

“Ini termasuk Garis Panduan bagi Penyediaan Bantuan Kecemasan oleh Misi ASEAN di Negara Ketiga kepada Rakyat Negara Anggota ASEAN dalam Situasi Krisis,” menurut kenyataan itu lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan