Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Uggah berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Nanga Ibau/Ulu Sungai Ibau petang tadi. Foto TVS

40 projek infrastruktur bernilai RM1.22 bilion dilaksana di Kapit

KAPIT, 26 Jun: Sebanyak 40 projek infrastruktur bernilai RM1.233 bilion di Bahagian Kapit di bawah seliaan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak sedang giat dan bakal dilaksanakan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata daripada jumlah tersebut, 19 projek telah siap sepenuhnya, lima projek kini dalam fasa pembinaan, manakala 16 projek lagi dengan nilai RM721 juta dijangka ditender tahun ini.

“Lima projek yang sedang dalam pelaksanaan ketika ini melibatkan nilai RM116 juta, merangkumi pembinaan jalan dan jambatan yang amat diperlukan oleh penduduk pedalaman,” katanya.

Uggah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Nanga Ibau/Ulu Sungai Ibau di sini, petang tadi.

Menurut beliauprojek yang telah siap sepenuhnya membuktikan keupayaan dan kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam menyiapkan projek mengikut masa dan standard yang ditetapkan.

“Ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak untuk memastikan pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh, terutama di kawasan luar bandar seperti Kapit,” tambahnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan kerja-kerja pembinaan tanjakan feri di Nanga Melipis sedang dijalankan selepas memperoleh kelulusan kerajaan.

“Cadangan pembinaan tanjakan feri di Nanga Menuan pula dijangka dibentangkan pada Ogos ini,” ujarnya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan